Showing posts with label e-news!. Show all posts

SERPIHAN DIJUMPAI SAH MILIK PESAWAT AIRASIA QZ8501


JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi dipetik dari AFP.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.




SERPIHAN DIJUMPAI SAH PESAWAT QZ8501


JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.




Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP

INILAH PADAHNYA KALAU GELOJOH KONGSI FITNAH DI FACEBOOK…

Di saat rakyat di beberapa negeri berdepan dengan musibah banjir, akaun dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp menjadi medium paling penting dalam menyampaikan maklumat terkini.
Bagaimanapun, tidak semua maklumat tersebut adalah benar kerana ada di antaranya direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Gambar yang kami kongsikan di atas adalah antara contoh maklumat palsu yang disebarkan menerusi akaun Facebook.
Melucukan kerana pemilik akaun bernama Mohamad Azrani Daud dengan yakinnya mendakwa lori milik syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Dabong, Kota Bharu telah dirampas oleh pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan barang yang dirampas kemudiannya dibungkus dalam plastik yang ditampal dengan logo Barisan Nasional (BN) sebelum diberi kepada mangsa banjir sebagai bantuan.
Menurutnya, maklumat itu diterima daripada peserta konvoi yang merupakan Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus.
Bagaimanapun, Mohamad Azrani Daud akhirnya memohon maaf selepas pemilik syarikat itu sendiri memaklumkan khabar itu tidak benar sama sekali.
Aduhai, sudah-sudahlah! Tidak cukupkah dengan cerita kononnya ramai yang mati kelaparan di atas bukit atau berpuluh-puluh pesakit mati di hospital akibat ketiadaan bantuan oksigen?
Sikap gemar berkongsi maklumat yang tidak sahih ini bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah, tetapi juga menimbulkan suasana panik kepada mangsa.
Senang cerita, kalau tak mahu menghulur bantuan, lebih baik berdiam daripada menambah beban.

SENARAI INDIVIDU DI CARI SKMM KERANA SEBAR BERITA PALSU SEKOLAH MANEK URAI RUNTUH..


Kejadian banjir sememangnya memberi banyak pengajaran tentang bahaya menyebarkan berita palsu. Kesan penyebaran ini sememanganya meninggalkan kesan mendalam dari segi emosi keluarga serta boleh menimbulkan huru hara. Berikutan penyebaran berita palsu tentang Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh baru-baru ini, pihak SKMM telah memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan mengenai penyebaran berita tersebut.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memetik laporan dari mStar.

Keempat-empat individu yang dipanggil adalah : 

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687).
Alamat terakhir: 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172).
Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870).
Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129).
Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Pihak MCMC meminta mereka ini untuk berhubung dengan pegawai-pegawai penyiasatan MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddinn (019-2869515).

Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang senarai mereka yang dicari ini boleh menghubungi pegawai-pegawai yang dinyatakan. Satu pengajaran harus diberikan kepada mereka yang gemar menyebarkan berita palsu ini.

3 FOTO TERAKHIR PRAMUGARI PESAWAT QZ8501 SEBELUM HILANG

Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.


 



Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu. 

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.

“Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,” kata temannya.

Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut. Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

"Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,” katanya. 

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu

TURUN PADANG TANPA ‘KARPET MERAH’, SULTAN KELANTAN DIPUJI RAKYAT



Kisah mengenai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turun padang seorang diri membantu mangsa banjir tanpa sebarang "protokol rasmi" menyebabkan beliau dipuji rakyat di negeri itu.

Gambar Sultan Kelantan itu yang memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya meredah banjir, kemudian turun ke pusat penempatan kini tersebar luas di laman sosial.

Memetik entri daripada pengguna laman Facebook Suria Zamri, kelibat baginda "seperti orang biasa" membantu mangsa banjir menyebabkan ramai yang tidak menyedari kehadirannya.

"Baginda datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, pandu kereta sendiri mengharung banjir untuk melihat rakyatnya.

"Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka," katanya sepertimana dipetik daripada laman Facebooknya.

Kata Suria, baginda Sultan juga tidak mempedulikan protokol dan berlagak biasa bersama rakyat.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas, dan tiba-tiba beliau disapa," katanya.

Suria berkata Sultan Kelantan itu hanya tersenyum apabila ada yang menegur menyatakan beliau iras wajah Sultan mereka.

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, kecut perut orang itu meminta maaf kerana tidak tahu yang beliau ialah Sultan.

"Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ. Langsung tak reti nak bagi arahan (seperti) semasa mula-mula tadi," katanya.

Beberapa pengguna Facebook dalam komen mereka terhadap entri itu, seperti Sheila Jamal berkata: "iya ada terima dalam Whatsapp, terharu sangat."

Asmak Ismail berkata: "Hebat tuanku Sultan Kelantan."

Manakala Yusry Doha berkata: "Macam inilah baru pemimpin. Bukannya turun Kelantan sekejap lepas rakyat dah merana umum peruntukan RM500 juta. Patutnya buat dulu bukan janji dulu."

Beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dikecam akibat kerana didapati bermain golf bersama presiden Amerika Syarikat ketika negara berdepan dengan bencana banjir.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.


Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita."

Titah baginda, ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.

Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada.

"Banjir yang berlaku ini ialah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.

QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang

Kredit foto mstar.com.
Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung. 
Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini. 
Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad. 
Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.
Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya.mstar.com.

Pesawat AirAsia Kemungkinan Terhempas Di Perairan Belitung?


Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diberitakan telah jatuh terhempas di perairan Belitung Timur

Perkara ini dilaporkan oleh laman web bangka.tribunenews.com hari ini.

Ia memetik sumber yang memberitahu agensi berita itu ada pesawat jenis Airbus telah jatuh di sekitar perairan itu.

Sebelum itu Pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan.

Agesi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang.


"Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki," katanya.


PESAWAT AIRASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA DILAPOR HILANG





Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”

Flightradar24dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Sejurus sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu dilaporkan meminta laluan berbeza.

Stesen TV IndonesiaKompas TVmelaporkan pesawat tersebut membawa 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor+622129850801untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”

PESAWAT AIRASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA HILANG


KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.

LAGI PENDEDAHAN MENAKUTKAN DARI KELANTAN YANG ANDA PATUT BACA


Inilah berita terkini dari Kelantan yang anda patut tahu pendedahan ini tidak akan di dedahkan di media-media terutamanya dalam Televisyen dan radio serta surat khabar. Menurut apa yang dikirimkan ini agak mengejut dan menakutkan namun sebagai umat islam kita perlu sabar dan tabah kerana yang pasti kita juga akan mati.

Namun kali ini pendedahan lagi menakutkan apa yang penting doa serta bantuan kita perlu disalur kesana 

http://www.beritahariann.org/2014/12/lagi-pendedahan-menakutkan-dari.html

DISAAT KELANTAN DITENGELAMI AIR ADA JUGA MANUSIA BINATANG YANG SANGGUP EDIT GAMBAR TOK GURU NIK AZIZ



Diisaat-saat Kelantan ditengelami banjir dan disaat Tuan Guru Nik Aziz sakit ada juga manusia spesis binatang yang tergamak edit gambar Tok guru seperti dibawah. Inilah manusia tiada otak nak potikik pun biar bertempat sedangkan Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi terlibat sepenuhnya dengan PAS.

Manusia binatang yang menggunakan nama Mohd Nazim ini telah postkan gambar tersebut dalam sebuah group politik gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi penguna laman sosial lain.Semoga manusia ini sempat bertaubat dan mohon ampun dari Tuan Guru Nik Aziz.


http://www.beritahariann.org/2014/12/disaat-kelantan-ditengelami-air-ada.html

ISU BANJIR DI KELANTAN : PENDEDAHAN MENAKUTKAN DARI FACEBOOK RAJA SHAMRI



Perkongsian dibawah daripada wall raja shamri yang membantu mangsa banjir di Kelantan ikuti perkongsian beliau

Saya sudah kering air mata hari ni... Maafkan saya lambat update.. Saya guna maxis takde line kat kuala krai... Team saya tadi terpecah 2... Dr hadi dan team pertama telah lepas ke dalam masih tak dapat contact... Last mesej baru terima tadi tentang betapa sukarnya mangsa2... 

Saya dihalang oleh orang kampung utk meredah laluan air bersama team saya tadi bimbang kocakan air akan sebabkan rumah pecah dan rosak.

Ramai sangat yg datang nak membantu dan nak jadi tukang tengok... Takde pemantauan takde sistem takde sesiapa atau mana agensipun yg menyelia bantuan2 yg datang.

Saya berbual dgn askar yg ada di keroh tadi sekitar sepuluh orang katanya mereka dah cuba sedaya upaya semua jentera telah dikerahkan... Dalam hati saya sebak sgt sebab dia kata hanya ada dua bot dan mereka x mampu buat apa2... Dan mereka ada sekitar 10 orang di Kroh tadi dan mereka kata semua tenaga dan jentera telah dikerahkan... Reallyyyy??

Oklah... Whatever... 

Team sukarelawan lain maklumkan dah ramai yg terkorban.. Kebanyakannya lemas... 

Sekarang air di tanah merah jugak makin kritikal. Kuala krai masih hujan lebat sewaktu saya pecut utk cari line internet ni... Kuala krai sangat kritikal...

Bantulah kami.. 

Sekarang nak bawak bekalan makanan tak boleh... Tak cukup bot... Tak cukup jentera... Nak bawak mangsa yg terperangkap juga perlukan bot... Tadi saya lihat org kampung guna perahu kecik pergi hantar biskut dan air mineral lepas satu jam lebih datang balik... 

Sampai bila???

Saya nak tunggu team dr hadi sampai. Saya nak susun jentera bantuan lagi.

Anda semua nak sertai saya?? 
Doakanlah..

Subhanallah !!! Gambar Langit Di Kelantan Yang Sangat Mengerikan (3 Gambar)

Subhanallah !!! Gambar Langit Di Kelantan Yang Sangat Mengerikan (3 Gambar) - Beginilah keadaan langit di Kelantan yang sungguh mengerikan. Foto yang ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial kini viral di facebook.

 

BIADAP!! Group Fesbuk Wanita Hamil Yang Terpesong...


Kewujudan group facebook yang mensasarkan gambar-gambar wanita hamil dan bertudung untuk tujuan lepaskan naf su.

Beberapa rakan di facebook mula memperkatakan mengenai wujudnya group yang sungguh tak masuk akal ni.

Bayangkan saja, mereka ambil gambar wanita hamil yang bertudung, memuat naik ke dalam group tersebut, dan terus saja menerima komen-komen yang tidak seno noh.

Nampak sangat bernaf su tengok wanita hamil.. Huhu, apa yang kami rasa, memang mual sangat.

Terus terbayangkan, ada juga lelaki yang bernaf su melihat keadaan wanita yang hamil dan bertudung, dan pastilah wanita tersebut bukannya isteri mereka.

Berhati-hati ketika upload gambar.. Mungkin ada gambar ahli keluarga anda di dalam group ini.

SILAKAN REPORT GROUP Hamil Bertudung (Ketika artikel ini disiarkan, group ini masih wujud)

Kewujudan group seperti ini antara penyebab kes-kes jenayah ro gol di Malaysia. Sebenarnya beratus-ratus group lagi macam ni ada di Facebook.

Sesiapa ada maklumat, beritahu kami dan sama-sama kita report.

TRAGEDI MANIK URAI - BOMBA GADAI NYAWA, MANGSA TERPAKSA MASAK AIR LUMPUR UNTUK MINUM


Keadaan banjir di Kelantan

Kota Bharu: Kira-kira 500 mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai sejak kelmarin kini dalam keadaan terkawal selepas empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di sana, 10 malam tadi.

Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman berkata, empat anggota itu mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di pusat pemindahan sementara itu berikutan menempuh beberapa halangan termasuk arus deras.

"Mereka menggunakan bot beroda dan bertolak dari Kota Bharu pada 2 petang semalam.
"Memang agak sukar untuk ke sana disebabkan ada kawasan yang tidak berair dan ada pula kawasan yang tenggelam, perjalanan mereka tersekat-sekat.

"Tetapi akhirnya mereka berjaya dan kini masih berada bersama mangsa banjir di sana untuk membantu terutama beri kaunseling dan sokongan moral yang sangat diperlukan ketika ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Kisah pilu mengenai mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan yang dianggarkan 500 orang menjadi perhatian sejak semalam dan dilaporkan Harian Metro.

Ini berikutan gambar 'mengerikan' air banjir menenggelamkan bangunan di situ sehingga tingkat tiga menyebabkan mereka berlindung di tingkat empat, malah tersebar di laman sosial rintihan mereka.


Azmi berkata, mengikut laporan diterimanya juga, mangsa tidak lagi ketakutan seperti awal kejadian sebaliknya mereka lebih rasa selamat apabila anggota keselamatan tiba.

"Laporan diterima juga dapati trend air di situ menunjukkan penurunan sejak pagi tadi.

"Kemungkinan besar mereka tidak berpindah ke tempat lain," katanya.

Beliau turut menasihati mangsa lain yang berada di kawasan tanah tinggi mahupun bukit supaya bertahan di situ kerana ia tempat paling selamat ketika ini selepas kebanyakan lokasi tenggelam.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di situ yang dihubungi Harian Metro memaklumkan, mereka terpaksa memasak air lumpur untuk minum menggunakan dapur gas yang sempat dibawa dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan sejak dua hari lalu.

"Anak kecil menangis, orang tua ada yang sakit, malah kami tidur bergelap kerana terputus bekalan elektrik," kata Mohamad Daniel Mohamad, 26,



Menurut Mohamad Daniel , anggota bomba sudah tiba di situ kira-kira 10 malam tadi menggunakan bot.

"Mereka sedang berusaha menyelamatkan kami," katanya. - Harian Metro

31 Gambar Fenomena Air Pasang Besar Dan Banjir Di Kuala Terengganu !!!

KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar jam 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.


















Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.........

“Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak,” katanya kepada Bernama........

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.......

“Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini,” katanya.....

Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.......

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahamud di sini.– BERNAMA

Selain itu bandar-bandar lain turut mengalami situasi yang sama seperti di Besut, Dungun, Marang, Kemaman dan Kuala Nerus !!!